FAQs
Produk FABELA diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang selamat dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. Ia juga halal, wudhu-friendly, dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Ya, skincare FABELA direka khas untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Setiap produk dihasilkan tanpa bahan kimia keras yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Gunakan pembersih (Hydrating Cleanser) terlebih dahulu untuk membersihkan wajah. Diikuti dengan Treatment Essence untuk melembabkan & penyediaan kulit untuk menyerap item seterusnya. Akhir sekali, sapu & ratakan Spotless Cream pada seluruh wajah.
Hasil penggunaan produk bergantung kepada jenis kulit dan masalah kulit individu. Biasanya, perubahan positif boleh dilihat selepas 2-4 minggu penggunaan yang konsisten.
Produk FABELA dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat, namun kami mengesyorkan agar ibu mengandung berunding dengan doktor sebelum memulakan rutin penjagaan kulit baru.
FABELA menawarkan Set Acne Vulgaris, yang dirumus khas untuk mengatasi masalah jerawat. Set ini membantu membersihkan kulit dan mengurangkan kemerahan serta parut jerawat.
Anda boleh memesan (order) produk terus dari laman web rasmi kami dengan menambah produk ke dalam troli dan membuat pembayaran secara selamat melalui sistem perbankan internet.
Ya, kami menawarkan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi jumlah tertentu. Sila semak syarat penghantaran semasa membuat pesanan.
Kami menyediakan polisi pemulangan untuk produk yang belum dibuka atau digunakan. Sila rujuk halaman Polisi Pemulangan untuk maklumat lanjut.
Ya, produk Fabela dikilangkan oleh Kilang Bumiputera Muslim yang mempunyai pensijilan Halal, GMP, & Sirim.